Saturday 11 January 2020

Kertas Kerja membaiki dewan surau

KERTAS KERJA
MEMBAIKI DAN MENAIKTARAF SURAU YUSOFIA
 KAMPONG GERONGGONG, KG GAJAH, PERAK (2019)


1.0 MUQADDIMAH
Surau adalah rumah Allah iaitu tempat yang paling penting bagi semua umat Islam. Surau menjadi nadi utama bagi program-program keagamanaan yang dilaksanakan di sekolah seperti Sambutan Maal Hijrah , Program Maulidur Rasul , Sambutan Peristiwa Isra’ Mikraj , Program Solat Hajat dan program-program motivasi seperti Majlis IlMU , Sambutan Majlis bulan Ramadhan , Majlis Hari Raya Aidil Fitri dan Hari raya Korban dan lain-lain.
Surau yang selesa adalah penting untuk mencapai objektif – objektif program yang dijalankan di surau.Maka program untuk menaiktaraf surau Yusofia Kampong Geronggong  telah mula dijalankan mulai April  tahun 2019. Pelbagai usaha telah di jalankan oleh pihak AJK  Surau  untuk mencari dana dan memperbaiki prasarana surau.
Surau Kampong Geronggong telah mula di bina 24 tahun yang lalu dan dari masa ke semasa perlu di pelihara dan di baik pulih bagi keselamatan dan keselesaan jemaah surau.
2.0 MATLAMAT
2.1 Program menaiktaraf ini dapat menjadi medan dakwah yang selesa bagi warga Muslim Kampong Geronggong dan Kawasan kampung yang berdekatan.
2.2 Memberi keselesaan kepada jemaah semasa majlis-majlis yang di adakan
2.3 Aktiviti-aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan lebih baik .
2.4 Menjadi tempat ibadah yang mempunyai prasarana yang lengkap kepada setiap Jemaah yang hadir.


3.0 OBJEKTIF
Di antara objektif Program Menaiktaraf Surau ialah :
3.1 Menaiktaraf stor surau agar penyimpanan barang dan peralatan lebih teratur .
3.2 Menambah PA Sistem yang baru bagi menggantikan PA system yang sudah uzur.
3.3 Menambah bilangan pasu bunga dagi menamppakkan lagi kekemasan landskap surau.
3.4 Menambah Frame Ayat Suci Al-Quran & Petikan Hadis di dinding surau.
3.5 Memperbaiki system pendawaian elektrik yang sering terganggu.
3.6 Membaiki Struktur Bangunan termasuk atap, kuda-kuda , parit, air dan kerosakan yang belum di ketahui lagi.
3.7 Mengantikan karpet lama yang telah uzur
3.9 Membaiki tempat pengurusan jenazah.

4.0 NAMA PROGRAM
”Membaiki dan menaiktaraf Surau Yusofia Kampong Geronggong, Kg Gajah, Perak.”

5.0 TEMA
“Penyatuan Ummah/ Penduduk Kampung melalui Surau/ tempat ibadah

6.0 JAWATANKUASA LEMBAGA SURAU
Pengerusi                            : Tuan Saripuddin Bin Saleh
                                  
Timbalan Pengerusi        : Ahmad Safri Bin Ani
                                                  
Setiausaha                          : Muhammad Yasser Bin Abdul Aiz
                                                  
Wakil Pemuda                   : Padhli Bin Hashim
                                                  


7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
PERKARA
KUANTITI
KOS
 (PER UNIT)
JUMLAH
1
Membaiki Dewan dan Ruang Solat Surau
2
RM 10,000.00
RM 10,000.00
2
Menaiktaraf stor
1
RM 3,000.00
RM 3,000.00
3
Membeli Karpet Baru
1
RM 10,000.00
RM 10,000.00
4
Memperbaiki Sistem Pendawaian Elektrik
1
RM 5,000.00
RM 5,000.00
5
Sliding Door
3
RM 1,500.00
RM 4,500.00
6
Frame Ayat Suci Al-Quran
5
RM    300.00
RM 1,500.00
7
Pasu Bunga
6
RM    200.00
             RM 1,200.00
8
Khemah Majlis Hari kebesaran
6
RM    400.00
RM 2,400.00
JUMLAH

RM37,600.00





8.0 SUMBER PENDAPATAN
8.1 Kutipan derma daripada penduduk kampung dan saudara mara yang berhijrah di bandar
8.2 Memohon sumbangan derma daripada Baitul Mal , Perak




9.0 PENUTUP

Akhir kalam , adalah diharapkan agar Program Menaiktaraf Surau ini berupaya mencapai objektif yang telah digariskan demi menjaga kepentingan Jemaah surau  dalam meningkatkan syiar Islam. Sumbangan Tuan / Puan boleh dibuat secara tunai / cek / atau pembayaran online  atas nama Surau YUSOFIA Kampong Geronggong :
/ akaun Bank AGRO BANK : 1-00-5442-00001127-2 . Semoga sumbangan Tuan / Puan diberkati Allah , Insya Allah.

Sekian , Wassalam .



Disediakan oleh ,                                                                                                                                                                                                                                                             Disahkan oleh :


 …....................................                                                                                                                                                                ….............................. 
( Muhammad Yasser Bin Abdul Aziz)
Setiausaha Surau
019-2157951 

No comments:

Post a Comment