Saturday 11 January 2020
Kertas Kerja membaiki dewan surau
KERTAS KERJA
MEMBAIKI DAN MENAIKTARAF SURAU YUSOFIA
KAMPONG GERONGGONG, KG GAJAH,
PERAK (2019)
1.0 MUQADDIMAH
Surau adalah
rumah Allah iaitu tempat yang paling penting bagi semua umat Islam. Surau
menjadi nadi utama bagi program-program keagamanaan yang dilaksanakan di
sekolah seperti Sambutan Maal Hijrah , Program Maulidur Rasul , Sambutan
Peristiwa Isra’ Mikraj , Program Solat Hajat dan program-program motivasi
seperti Majlis IlMU , Sambutan Majlis bulan Ramadhan , Majlis Hari Raya Aidil
Fitri dan Hari raya Korban dan lain-lain.
Surau yang
selesa adalah penting untuk mencapai objektif – objektif program yang
dijalankan di surau.Maka program untuk menaiktaraf surau Yusofia Kampong
Geronggong telah mula dijalankan mulai April
tahun 2019. Pelbagai usaha telah di jalankan
oleh pihak AJK Surau untuk mencari dana dan memperbaiki prasarana
surau.
Surau Kampong Geronggong telah mula di bina
24 tahun yang lalu dan dari masa ke semasa perlu di pelihara dan di baik pulih
bagi keselamatan dan keselesaan jemaah surau.
2.0 MATLAMAT
2.1 Program menaiktaraf ini dapat menjadi medan dakwah yang selesa
bagi warga Muslim Kampong Geronggong dan Kawasan kampung yang berdekatan.
2.2 Memberi keselesaan kepada jemaah semasa majlis-majlis yang di
adakan
2.3 Aktiviti-aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan lebih baik .
2.4 Menjadi tempat ibadah yang mempunyai prasarana yang lengkap
kepada setiap Jemaah yang hadir.
3.0 OBJEKTIF
Di antara objektif Program Menaiktaraf
Surau ialah :
3.1 Menaiktaraf stor surau agar penyimpanan barang dan peralatan
lebih teratur .
3.2 Menambah PA Sistem yang baru bagi menggantikan PA system yang
sudah uzur.
3.3 Menambah bilangan pasu bunga dagi menamppakkan lagi kekemasan
landskap surau.
3.4 Menambah Frame Ayat Suci Al-Quran & Petikan Hadis di dinding
surau.
3.5 Memperbaiki system pendawaian elektrik yang sering terganggu.
3.6 Membaiki Struktur Bangunan termasuk
atap, kuda-kuda , parit, air dan kerosakan yang belum di ketahui lagi.
3.7 Mengantikan karpet lama yang telah uzur
3.9 Membaiki tempat pengurusan jenazah.
4.0 NAMA PROGRAM
”Membaiki dan menaiktaraf Surau Yusofia
Kampong Geronggong, Kg Gajah, Perak.”
5.0 TEMA
“Penyatuan Ummah/ Penduduk Kampung melalui
Surau/ tempat ibadah
6.0 JAWATANKUASA LEMBAGA SURAU
Pengerusi : Tuan Saripuddin
Bin Saleh
Timbalan
Pengerusi : Ahmad Safri Bin Ani
Setiausaha :
Muhammad Yasser Bin Abdul Aiz
Wakil Pemuda :
Padhli Bin Hashim
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
|
PERKARA
|
KUANTITI
|
KOS
(PER
UNIT)
|
JUMLAH
|
1
|
Membaiki
Dewan dan Ruang Solat Surau
|
2
|
RM 10,000.00
|
RM 10,000.00
|
2
|
Menaiktaraf
stor
|
1
|
RM 3,000.00
|
RM 3,000.00
|
3
|
Membeli
Karpet Baru
|
1
|
RM 10,000.00
|
RM 10,000.00
|
4
|
Memperbaiki
Sistem Pendawaian Elektrik
|
1
|
RM 5,000.00
|
RM 5,000.00
|
5
|
Sliding
Door
|
3
|
RM 1,500.00
|
RM 4,500.00
|
6
|
Frame
Ayat Suci Al-Quran
|
5
|
RM 300.00
|
RM 1,500.00
|
7
|
Pasu
Bunga
|
6
|
RM 200.00
|
RM 1,200.00
|
8
|
Khemah
Majlis Hari kebesaran
|
6
|
RM 400.00
|
RM 2,400.00
|
JUMLAH
|
|
RM37,600.00
|
8.0 SUMBER PENDAPATAN
8.1 Kutipan derma daripada penduduk kampung dan saudara mara yang
berhijrah di bandar
8.2 Memohon sumbangan derma daripada Baitul Mal , Perak
9.0 PENUTUP
Akhir kalam , adalah diharapkan agar Program
Menaiktaraf Surau ini berupaya mencapai objektif yang telah digariskan demi
menjaga kepentingan Jemaah surau dalam
meningkatkan syiar Islam. Sumbangan Tuan / Puan boleh dibuat secara tunai / cek
/ atau pembayaran online atas nama Surau
YUSOFIA Kampong Geronggong :
/ akaun Bank AGRO BANK : 1-00-5442-00001127-2 .
Semoga sumbangan Tuan / Puan diberkati Allah , Insya Allah.
Sekian , Wassalam .
Disediakan oleh ,
Disahkan oleh :
….................................... …..............................
( Muhammad Yasser Bin Abdul Aziz)
Setiausaha Surau
019-2157951
Subscribe to:
Posts (Atom)